FALSAFAH
GEOGRAFI
Geografi
adalah satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja
mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula
jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai
penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola
tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri,
politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping
itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan
antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara,
perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan
pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal
dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas
dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena
yang lain.
Oleh yang
demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan
atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di
mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini
bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu
bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek
sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten
dengan falsafah serta ideanya iaitu:
-
Geografi sebagai satu sintesis
-
Geografi sebagai satu pandangan
Dalam
konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur
dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab
itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk
memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat
untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting
dan menarik.
UNESCO
(1956) mendifinasikan geografi sebagai:
-
satu
agen sintesis
-
satu
kajian perhubungan ruang
-
sains
dalam penggunaan tanah
John
Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi
sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam
sekitarnya.