KESELAMATAN ICT SEKOLAH
Keselamatan ICT meliputi empat aspek yang penting, iaitu tanggungjawab,
keselamatan fizikal, keselamatan sistem dan keselamatan data.
Peranan
dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai
maklumat kerajaan.
Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk
menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti
gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian
aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan.
Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan
perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada
internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan
akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data
pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh
diakses dengan kata laluan.
Pencegahan dan Pendidikan merupakan dua aspek yang penting dalam kawalan
keselamatan. Oleh sebeb itu, pewujudan peraturan penggunaan peralatan ICT dan
pengenalan etika penggunaan internet dari peringkat awal adalah penting.
TANGGUNGJAWAB
Dengan
pengenalan ICT di sekolah, sekolah perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab
kakitangan Kerajaan dalam mengawasi keselamatan data Kerajaan. Kesedaran akan
menjadi semakin penting dengan pengenalan perisian aplikasi Kerajaan Elektronik
di sekolah pada masa hadapan.
Berikut
adalah beberapa perkara utama yang perlu dinaklumkan oleh pihak sekolah, khasnya
pengurus dan pentadbir sekolah.
- KPM
adalah pemilik maklumat ( termasuk aplikasi ) yang terdapat di dalam sistem
pengkomputeran sekolah. Kementerian berhak melihat segala maklumat yang
disimpan dalam sistem komputernya pada bila-bila masa.
-
Setiap individu dalam KPM adalah Pengawal Maklumat dan tertakluk kepada Akta
Rahsia Rasmi untuk mengawal keselamatan data yang dihasilkan atau digunakan
untuk mengawasi, integrasi sistem dan maklumat KPM.
-
Pembekal perkhidmatan maklumat adalah pengawal kepada data KPM, selagi
maklumat itu masih di bawah kawalan mereka. Dengan kata lain, pemilik
maklumat dan bidang lain dalam KPM adalah diklafikasikan sebagai Pengawal
Maklumat dan mempunyai tanggungjawab yang sama seperti kakitangan Kerajaan
semasa maklumat itu berada di dalam jagaannya.
-
Setiap pengguna mestilah diberikan satu identity yang unik sebelum
dibenarkan mengakses kepada maklumat pendidikan. Pengguna adalah
bertanggungjawab secara peribadi terhadap setiap aktiviti yang menggunakan
identitinya.
KESELAMATAN FIZIKAL
Keselamatan fizikal boleh dikaji dari lima aspek seperti berikut:
a)
Keselamatan
Infrastruktur
b)
Keselamatan
Fizikal secara umum
c)
Keselamatan
Fizikal tambahan di Bilik Pelayan ( Server Room )
d)
Keselamatan
Fizikal tambahan di Makmal Komputer
e)
Penggunaan
Peralatan Infrastruktur ICT
Cadangan
tindakan bagi setiap aspek adalah seperti berikut.
1.
Keselamatan Infrastruktur
2.
Keselamatan Fizikal Secara Umum
3.
Keselamatan Fizikal tambahan di Bilik Pelayan ( Server Room )
4.
Keselamatan Fizikal tambahan di Makmal Komputer
5.
Penggunaan Peralatan Infrastruktur ICT
|