|
SCHOOLNET
Projek SchoolNet
1.
Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk
10,000 buah sekolah di seluruh negara.
2.
Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang
melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
1.
Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah
bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
2.
Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan
luar bandar.
3.
Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
4.
Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Wawasan SchoolNet
1.
Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
2.
Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
3.
Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Tanggungjawab Menjalankan
Projek SchoolNet
1.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
2.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagaimana Projek SchoolNet
Dibangunkan?
Bagi mempastikan kesemua
10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps
“downlink” dan 128Kbps
“uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-
1.
Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan
maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan
Bandar.
2.
Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang
udara untuk kawasan terpencil.
3.
Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan
penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar
Bandar.
Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai
Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-
1-300-88-2888 dan emel
schoolnet@moe.gov.my
|