|
Konsep Kokurikulum
1. Gerak kerja kokurikulum adalah
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan ia
merupakan lanjutan
daripada pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar di dalam
bilik
darjah.
2. Kegiatan ini diwajibkan kepada semua
pelajar bagi memastikan setiap pelajar
diberi peluang sepenuhnya
untuk mengembangkan bakat dan kebolehan bagi
melahirkan warganegara
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
3.
Penglibatan para guru, ibu bapa dan sokongan masyarakat setempat
merupakan tonggak tercapainya aspirasi yang dilaungkan oleh Falsafah
Pendidikan Negara.
4. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk
mencipta peluang dan ruang supaya
setiap pelajar dapat melibatkan
diri dan dapat meningkatkan ketrampilan diri
dan membina sahsiah
yang cemerlang.
Objektif
Kokurikulum
1. Melahirkan warga sekolah yang
berketrampilan dan berdaya juang tinggi.
2.
Melahirkan insan yang seimbang dan mewujudkan masyarakat
penyayang.
3. Menjadikan sekolah sebagai
tempat rekreasi sumber inspirasi dan sumber ilmu
pengetahuan.
4.
Memaksimunkan penggunaan teknologi maklumat.
5. Memberi peluang sama rata
kepada semua pelajar.
6. Menyediakan
ruang dan peluang untuk pelajar mengikut aktiviti yang
diwujudkan.
MISI Kokurikulum
* Memastikan kecemerlangan kokurikulum
dengan penglibatan aktif pelajar dan guru dengan berusaha
menjuarai
pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang
efisen berteraskan
penggunaan teknologi maklumat dengan kerjasama
komuniti setempat.
* Memberi
peluang sama
rata kepada semua pelajar.
* Menyediakan ruang dan sentiasa
mengambil peluang untuk pelajar mengikuti aktiviti yang diwujudkan.
Matlamat
Kokurikulum
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk survival dalam era
globalisasi
2. Memupuk
nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar untuk
perkembangan sahsah yang cemerlang.
3. Memgelakkan para pelajar dari
ancaman dan musuh negara terutamanya
dadah dan budaya yang dilarang
melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang menarik dan terancang.
4.
Menanamkan semangat kecintaan terhadap sekolah, agama,
bangsa dan negara.
|